BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 June 2009

abg maikel takdak dah

sape tak kenal maikel? aku rasa sume org pun kenal maikel jeksen.

aku ingat lagi masa kat poli PD dulu. kami kene koir nyanyi lagu u r not alone. lagu abg maikel la tu.. best lagu tu.. dengan penuh semangat kami nyanyi lagu tu...

tapi dia dah takde dah..

mak aku pulak tak abis2 lagi bersedih pasal maikel nih. asik2 sms aku ckp dia sedih laaaaa.. kesian laaaa... hissss.. tu baru maikel jeksen. agaknye dulu masa sudirman meniggal cane la mak aku sedih ek?



cikpedot

porche lagik

agak lama gak la aku brenti cerita pasal porche aku ni. bukan ape.. dia tu kan.. eeeiiii... tak tau la.. kekadang dia ingat dia kucing, kekadang dia ingat dia anjing, tapi selalu dia ingat dia tu manusia la..

ada satu malam tu aku kurung dia dlm rumah sebab asik berjalan jek. tak ingat nak balik ke ape.. susah le aku nak tido kalo porche takde.. aku tutup pintu dapo, biar dia tokleh nak keluar. tapi dia ngamok pulak. siap mogok lagi. mengiau tu jgn ckp la. bingit telinga aku dengar. pastu last2 dia buat ape tau??? dia buat percubaan nak terjun tingkap dari tingkat 1 tau.. tinggi tu, manusia pun bule patah riuk. sib baik aku sempat amik gamba.. tengok ni..


masa tu dia tengah mengiau2 panggil kengkawan dia tolong lepaskan dia. siap nak terjun dah tu. tapi lepas dia estimate ketinggian, tak jadi la dia nak terjun. tau takutttt... masa dia dah cool tu aku pun amik la gamba dia siap2.





oleh kerana percubaan nak terjuk tak menjadi, dan tak dilayan oleh aku. makan strategi kedua beliau adalah dengan mengoyakkan sokabar aku. jenuh gak la aku nak berkejaran dengan dia masa tu. mmg dia betul2 tengah hangin tak dapat nak keluar rumah. agaknye kengkawan ajak g clubbing kot.. muwaahahahah....

gamba ni aku amik masa lepas sesi demonstrasi jalanan. tengokle sampah bersepah2. sokaba dah jadi ape pun tak tau.. mmg dia puas atila dapat koyakkan sokaba aku tu..

last2 malam tu dia kene tido kat rumah gak la.... kehe3

ok perati betul2 gambar mistik kat atas ni.. kekadang bila aku boring aku tido depan tv kat hall. sejuk sikit. selalunye weekends la.. dan macam biasa gak la makhluk ni akan tido kat mana pun aku tido.. tapi.. korang perasan tak kepala dia kat mana? aaaa itu la yang aku nak story ni, porche ni punya la pemalas nak beralih tempat bila kene matahari tu, dia cuma ejas sket kepala dia ke bawah sofa... pandai tak kucing aku?????

ih3...macam ni punye kucing pun ade...

cikpedot

10 June 2009

sepurnama sudehhh

rasanya dah lebih sebulan aku tak memblog. hisss.. takde kene mengena ngan azwan ali tau.. dia pun bisu sebulan gak.. hua3..

banyak sangat kejadian mistik terjadi dalam tempoh tu.

mula-mula kejadian misteri re-org. sebab aku admin, so kene reset balik telefon, meja2, bilik2 bos kat sini. letih gak la.. bersempena pulak ngan buat keje sorang2. yele.. assisstant aku blm berganti lagi.

last2 CEO ckp aku pun kene pindah tempat gak. maka aku ngan imiginary assistant aku pun kene le pindah. (imiginary sebab aku kene pindahkan PC tempat tu.)

pastu sibuk2 ngan kejohanan boling. aku mmg le tak berjawatan mahupun berkuasa. tapi tempat aku tu diorang pinjam sebab nak pakai printer kaler. maka aku keje pun main2 jek...

pastu kejadian mistik lainnye pulak department aku kene organise kenduri doa slamat sejahtera. makan hari gak nak mengorganise bende tu. nak menjemput vip, ustaz, BOD, kengkawan.. sume2 lah, sape2 yang kene mengena. paham2 je la..

aaa tak lupa, bulan lepas ada lagi sorang rakan sekerja yang brenti (lari la actually). so macam biasalah, department kitorang gak la yang kene mengemas2 meja. ni pun blm kira lagi barang2 diorang yang tersimpan kat dlm stor tu. td pagi2 CEO aku tu dah soh aku p kemas stor... but y meeee?????

lagi... rombongan mak aku dtg KL, aku pun kejap tido rawang, kejap tido cheras.. kesibukan tu mmg tokleh nak elak la, mcm menteri2...

walaupun aku asik menyibuk buat keje2 yang mcm kat atas ni, tapi aku kene marah gak ngan bos, bas dan bis. sebab? sebab keje aku tak siap laaa.. asik siapkan keje orang jek... eeeiiii...
ni pun minggu ni aku kene jadi receptionist 3 hari sebab dia mc.. sekarang kan musim panas, jerebu, kalo ujan pun sikit2.. lagi la panas..

tapi ok gak bila kene jaga tepon kat depan ni.. ada la masa sikit nak sembang2. nak memblog.. tapi gamba takde la sebab cable kat tempat aku.

hokelah, jumpa lagi..

cikpedot