BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

03 March 2010

Allah Maha Mengetahui

bersyukur kami tidak terhingga kepada Allah s.w.t.......

sebab? porche dah balik pagi semalam.. kesian sangat, kurus kering, kaki patah.

alhamdulilah, hilang rindu kami pada beliau. tak kisah la dia cacat cane pun. janji dia ada.

so semalam dia tido ngan aku macam dulu2.. best..best..

anak aku? don weri, anak aku tido dlm bb court. so dia selamat.



cikpedot

25 February 2010

My Beloved Porche

nak cerita, tapi sedih.. tapi kena cerita gak

porche kan.. beliau kan... dah takde...
beliau tak balik2 smenjak kong si fat chai hari tu... sedih ni... tido malam termimpi2.
ramai orang ckp beliau lari sebab cemburu pada natalya natasya.. tapi takkkkk.. bukan camtu.. dia kawan dengan natalya.. dari peknen lagi beliau dah kawan bb dlm perut..



tengok, dia tido peluk perut aku. malam pun sama gak. tido kat2 perut...

bila time pantang beliau ikut aku balik kampung..

bila bb lahir dia teman tido.....

tapi jodoh kami sampai sini ja.... porche kawan aku. walaupun ada baby tapi porche tu kawan.. tak sama.. sedihnya..

i love u porche..

cikpedot

16 November 2009

Porche VS Majlis Perbandaran Selayang

uiiisshhhh..


tergezut aku bila jenjiran citer arini MPS datang buat operasi nyah kucen kat area aku...

nasib baikla aku bagi nama beliau PORCHE... sebabtu la dia dapat meloloskan diri dari kepungan.. i lap u porche..

MPS pun satu porche kan dah ada tag, yang cibuk2 nak tangkap kucen aku tu watpe... pegi la tangkap kucen janda yang dok asik beranak tu... tensen aku ngan kucen tu...

eniwei, aku nak citer pasal kecacatan kekal kaki poce aritu... kesian.. ingatkan dah baik.. rupanya cacat seumoq idop..

ni kaki poce masa dalam rawatan. masa tu kene bandage gak sebab dia suka jilat ubat kuning tu..

ni rope kaki poce selepas kecederaan beliau pulih. tempat yang cedera tu tak tumbuh bulu.. tinggal kulit je...

ni pandangan sisi kecederaan beliau. kesian kan.. macam kemalangan ngeri pulak.



kaki kat bawah pun rah rompong dah. abis kene makan nanah...

gimanapun, sekarang ni kaki dia dah sihat. walalupun kaki cacat, tapi muka tetap ensem..


cikpedot

05 October 2009

memori hari raya porche

1st of all, selamat hari raya kepada semua rakan2.

kalo nak citer pasal hari raya aku, mmg sampai tahun depan punye raya pun tak abis2 lagi.

so aku citer pasal raya porche je la eh...

seperti arwah kucen2 aku yang terdahulu, setiap kali puasa n raya, diorang mesti terlibat sama. kalo zaman2 aku muda2 dulu.. kucen aku siap p grooming, kaler bulu biar santek2 sket..

tapi sebab aku dah pindah rawang, pastu porche pulak ala2 baka pasar malam je.. maka aku pun takde la grooming sangat... ingatkan nak bli baju raye je untuk porche. tapi sebab g kedai last minit, so baju raye dia pun dah abis... tak sangka aku, baju kucen pun kene bli awal2...

so, porche takde la baju raya..

eniwei, aku balik kampung raya ke 3, porche pun balik sekali la.. mcm biasa.. kemain eksaited lagi porche bila dapat tanah.. kat rawang dok umah appt, tanah limited.

sampai dlm tengahari camtu la, sebab g ronda2 dulu amik angin pantai... sampai umah je terus bantai tido..heheheheh... letih la konon drive.. hampeh, 2 jam je drive pun..

tapi...tidurku terganggu sebab.. sebab???? sebab tetiba aku dengar kucing bergaduh kat luar.. anak2 buah aku yang reporter2 tu sume datang kejutkan aku ckp porche gaduh.. kaki dia patah... (kononnyela..) wartawan tabloid la katakan..

kami pun pergila cepat2 tengok.. ala... cedera sikit je.... yang teruk tu kucing lagi satu tu. peha berdarah2 aku tengok.. kesian...

dengan penuh kasih sayangnye aku pun cek la kecederaan porche. rupa2nya 1 kuku beliau tercabut.. kesian.. letak ubt kuning dulu la.. alhamdulillah lepas beberapa hari baik pulak... selamat duit aku dari jumpe veterinar..

TAPIIIIII... bila dah baik sikit, porche cedera lagi sekali. kali ni sebab tangkap burung..
luka lama yang baru baik tu cedera balik... eeiii geram aku.. tokleh nak saba2 langsung.

sekarang ni, dah 2 minggu balik rawang. kaki dia dah bernanah teruk. besok kene bawak g veterinar. biar kene enjek. padan muka. org soh dok rumah takmo.

kite tengok kecederaan dia eh..

ni rupa jari porche yang dah kudung tu.. kuku tercabut... kesian... tinggal kulit je..


yang ni rupe kecederaan baru selepas tangkap burung. melecet kat tapak tangan. sakit ooo... asik mengaum je..



kami letak ubat kuning dulu, sebab masa kuku tercabut tu bole baik. tapi yang melecet tu, sampai hari ni, jadi bernanah pulak..

ni rupe kelegaan selepas disapu ubat.

kalo korang nak tau, smenjak kecedraan ke-2 tu, porche dah tak keluar2 rumah lagi... dah serik kot..
selamat hari raya porche.. i love u..
cikpedot

14 August 2009

anak kucen

main ngan anak kucen ni best kan.. ndak2 kalo yang dah pandai nak cakar2 orang pastu nak gigit2 orang... macam la diorang tu power sangat nak makan orang.. eeeiii klaka la..

pastu ada tu yang pandai lari tapi tak pandai nak brek la pulak.. kuhe kuhe kuhe..

masa porche kecik2 dulu mmg best la pekena dia.. macam2 aku siksa dia dulu.. hua3

sekarang dah besar panjang.. tapi bila angin nak main dia datang, dlm rumah yang sekangkang kera tu pun dia bule berkejar-kejaran dengan aku, tangkap kaki, ambush.. mcm2 lagi la..

tapi yang pasti dari kecik sampai sekarang setiap malam dia akan tido ngan aku. kalo dia tido pulak mesti nak peluk kaki aku.. best oooo.. besok pagi time orang dah azan subuh dia akan ngiau kat aku sampai aku bangun.. sebab? sebab dia nak kencing la.. kalo nak kencing kene melepas kat bekas pasir kat luar... kalo aku tak bangun mmg nasib aku hari tu kena cari la kat mana dia melepas dlm rumah... poche..poche..

ni gamba2 kiten yang kengkawan bagi.. jom kite layan...

tengok, kecik2 dah jadi model, gigi pun takde lagi ha..
ni adik beradik yang baru dapat pot menan yang selamat.. sure orng tak kacau punye kalo main dlm ni..

tengok muka dia.. kemain bengis lagi tu.. besa besok jadi polis ekkk

kucen ni kan... kalo la dapat kat aku.. pergh.. mesti pengsan aku kerjakan.. tengok la chubby sangat.. badan padat, montel gilos...

aaa spesis2 camni kene jaga sikit.. kang ada la stoken ilang, kasut ilang.. kalau bg soft toys sure terkeluar otak, isi perut menatang tu..

kiten ni mmg best aaa... dia bule buat muka sedih tuuuuu

uuuuu... tolong.. tolong... lapa kot???

telinga dia keciknye....

aaa betul tak aku ckp awal2 tadi... confiden je dia nak makan orang..

eh..eh..eh... anak raja mana la yang bela kiten ni...

lepas penat main? tido laaaa

aaa aku tau ni mesti kes tanak mandi
kalau ikutkan ati, nak je aku bela kuda padi.. aku tengok diorang tu bawak naik keta jenjalan.. tak pun anak2 diorang main2 ngan kuda padi tu.... somel je kuda tu...
cikpedot

20 July 2009

kucing gemok kucing kurus

dah lama dah aku kumpul gambar2 ni.. ingatkan nak buat porche gomok cenggini la.. tapi tak jadi pun.. diorang bagi kucing diorang mkn ape ek???



santek tak? santek tak?



aaa ni kucen kawan aku, gomok gak la.. tapi tuan yang hanta gambar ni lagi gem***... arrrkkk ampun kak mas ampun...




yang ni membesar sekali dengan merak sebab tu dia posing tunjuk ekor..



yang ni tak tau la nak ckp kucen ke rabbit. wajah tak dapat dikenalpasi..



mamat ni mmg sah2 obes.. tengok le, perut dia dah nak cecah lantai la.. dagu tah berlapis2 dah tu..


yang ni???errr.....



yang ni body bule tahan tapi muka tak berapa nak comel. kene buat plastik surgery sket..


OMG... yang ni mcm yoda pun ade.. sampai misai nak tumbuh pun takde tempat

adik ni kecik lagi. tapi dah nampak dah obes nye tu..

walaupun kucen2 ni sume comel2.. tapi porche tetap menjadi pujaan hati kuuuuuuu....

cikpedot

08 July 2009

porche dah grad

nape aku ckp porche dah grad?

sebab... semalam porche telah berjaya meloloskan diri dari rumah dengan terjun tingkap. hangin aku satu badan. bila aku panggil2 takde respon.. cari kat semua bilik pun takde... akhirnya dia telah memberanikan diri untuk keluar dari kurungan melaui terjun bangunan.

puas la aku mengurung makhluk tu supaya temankan aku tido malam. tapi sedar2 dia telah kabur.. (kabur tu bahasa indon = lari)

eniway, telah lengkap la pertapaan dia selama ni. dia dah boleh :
1. tangkap burung
2. makan daging mentah
3. pandai tangkap dragonfly
4. pandai tangkap ikan dalam akuarium
5. pandai tangkap cicak
6. pandai panjat pokok dan turun sendiri
7. pandai naik kereta (tak mabuk2, long distance pun ok je)
8. pandai cari tempat berteduh kalo ujan
9. dah masuk kumpulan mafia kat area tu.. (ada 2 ekor kucing jahat kat tangga, suka cari gado)
10. dah pandai bawak ahli kumpulan masuk rumah untuk perabih frieskies
11. kalo dia takmo masuk ikut dapo, dia akan ngiau kat pintu depan sampai aku bukak pintu.
12. dan yang terakhir sekali terjun bangunan dari tingkat 1...

cane samseng pun dia sekarang ni, time lapar balik gak cari makanan.. macam hero tamil la pulak..

jadi bila dia balik pagi tadi, kene luku le ngan aku... seperti selalu jugak aku suka betul kalo cucuk mata dia tu.. ala2 jeki chan jugak la.. suka cucuk mata lawan. padan muka dia.. aaa puas ati aku membebelkan porche nih.. memandai je tinggalkan aku semalam.

cikpedot

29 June 2009

porche lagik

agak lama gak la aku brenti cerita pasal porche aku ni. bukan ape.. dia tu kan.. eeeiiii... tak tau la.. kekadang dia ingat dia kucing, kekadang dia ingat dia anjing, tapi selalu dia ingat dia tu manusia la..

ada satu malam tu aku kurung dia dlm rumah sebab asik berjalan jek. tak ingat nak balik ke ape.. susah le aku nak tido kalo porche takde.. aku tutup pintu dapo, biar dia tokleh nak keluar. tapi dia ngamok pulak. siap mogok lagi. mengiau tu jgn ckp la. bingit telinga aku dengar. pastu last2 dia buat ape tau??? dia buat percubaan nak terjun tingkap dari tingkat 1 tau.. tinggi tu, manusia pun bule patah riuk. sib baik aku sempat amik gamba.. tengok ni..


masa tu dia tengah mengiau2 panggil kengkawan dia tolong lepaskan dia. siap nak terjun dah tu. tapi lepas dia estimate ketinggian, tak jadi la dia nak terjun. tau takutttt... masa dia dah cool tu aku pun amik la gamba dia siap2.





oleh kerana percubaan nak terjuk tak menjadi, dan tak dilayan oleh aku. makan strategi kedua beliau adalah dengan mengoyakkan sokabar aku. jenuh gak la aku nak berkejaran dengan dia masa tu. mmg dia betul2 tengah hangin tak dapat nak keluar rumah. agaknye kengkawan ajak g clubbing kot.. muwaahahahah....

gamba ni aku amik masa lepas sesi demonstrasi jalanan. tengokle sampah bersepah2. sokaba dah jadi ape pun tak tau.. mmg dia puas atila dapat koyakkan sokaba aku tu..

last2 malam tu dia kene tido kat rumah gak la.... kehe3

ok perati betul2 gambar mistik kat atas ni.. kekadang bila aku boring aku tido depan tv kat hall. sejuk sikit. selalunye weekends la.. dan macam biasa gak la makhluk ni akan tido kat mana pun aku tido.. tapi.. korang perasan tak kepala dia kat mana? aaaa itu la yang aku nak story ni, porche ni punya la pemalas nak beralih tempat bila kene matahari tu, dia cuma ejas sket kepala dia ke bawah sofa... pandai tak kucing aku?????

ih3...macam ni punye kucing pun ade...

cikpedot

20 March 2009

lepas makan?...tido la...

bersesuaian dengan tajuk kita hari ini.. perkara normal yang dilakukan oleh aku.. org lain aku tak tau la.. kalo lepas makan.. tido la best..

jom kite tengok cane kucen tido-tidoran..


ni mesti kucen show lin sebab ada skil tido atas pokok.. ranting kecik pulak tu..



yang ni pulak dah biasa tido kat zoo agak eh..



3 in 1.. 2 kucen + 1 pokok



aaa yang ni mmg betul2 lepas makan terus tido nih...


omg.. duno what to say




hidup umpama roda.. kadang2 kita diatas..



beauty n da beast

radio ghosak ke encik.. sampai tido atas piano

saba yea..saba.. ape2 hal, kita bincang dulu.. fikir masak2.. semua org ada masalah..


ingat ni sofa L kat ghumah keeee



ni ape kehe tido cenggini ni.. despret sangat nak tido dlm pasu


prektis jadi angkasawan


yang ni kes ke-2 untuk 'lepas makan.. tido..'


er.. yang ni no komen.. samada tak cukup makan atau tak cukup tido..

cikpedot

18 March 2009

manusia patut berdamai-damai aja..

manusia ni dikurniakan akal. walau kekadang tu ade yang tak cukup akal.. tapi ada la jugak sorang sikit.. daripada takde langsung.. sukur..sukur...


jadi, sempena dengan kempen earth hour yang diwar-warkan dlm tv.. walaupun aku tak pasti ape yang aku dapat dari kempen tu.. aku nak kongsi ngan korang gambar2 kucing yang berkasih sayang.



uuuiiii tomeinye... ni dah bersiap2 pakai bow ni nak pi mana???




adik.. jangan nangis yea.. akak ada kat sini.. jangan takut eh..




good night darling.. see you tomorrow... sweet dreams..




ni mesti 1st time dapat keluar dari rumah..

uuuiiii... baik punye posing..pandai tuan die jaga kucen

cikpedot