BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 July 2009

blm gaji pun takpe

blm gaji pun takpe????!!!

gilos ke ape..

mmg la takpe..sebab? sebab bos2 sume takde 3 hari.. yeay...



cikpedot

08 July 2009

porche dah grad

nape aku ckp porche dah grad?

sebab... semalam porche telah berjaya meloloskan diri dari rumah dengan terjun tingkap. hangin aku satu badan. bila aku panggil2 takde respon.. cari kat semua bilik pun takde... akhirnya dia telah memberanikan diri untuk keluar dari kurungan melaui terjun bangunan.

puas la aku mengurung makhluk tu supaya temankan aku tido malam. tapi sedar2 dia telah kabur.. (kabur tu bahasa indon = lari)

eniway, telah lengkap la pertapaan dia selama ni. dia dah boleh :
1. tangkap burung
2. makan daging mentah
3. pandai tangkap dragonfly
4. pandai tangkap ikan dalam akuarium
5. pandai tangkap cicak
6. pandai panjat pokok dan turun sendiri
7. pandai naik kereta (tak mabuk2, long distance pun ok je)
8. pandai cari tempat berteduh kalo ujan
9. dah masuk kumpulan mafia kat area tu.. (ada 2 ekor kucing jahat kat tangga, suka cari gado)
10. dah pandai bawak ahli kumpulan masuk rumah untuk perabih frieskies
11. kalo dia takmo masuk ikut dapo, dia akan ngiau kat pintu depan sampai aku bukak pintu.
12. dan yang terakhir sekali terjun bangunan dari tingkat 1...

cane samseng pun dia sekarang ni, time lapar balik gak cari makanan.. macam hero tamil la pulak..

jadi bila dia balik pagi tadi, kene luku le ngan aku... seperti selalu jugak aku suka betul kalo cucuk mata dia tu.. ala2 jeki chan jugak la.. suka cucuk mata lawan. padan muka dia.. aaa puas ati aku membebelkan porche nih.. memandai je tinggalkan aku semalam.

cikpedot

06 July 2009

berjaya gak pergi warehouse sale

hari sabtu lepas aku demam sikit2 je (motivasi sebab nak pergi sale, kalu demam tak bule jenjalan). bangun tu awal la, ingat nak pergi subuh2.. tapi bila dah bekfast, pening la pulak, layan tengok movie dulu. pastu kemas2 rumah sikit. pukul 12 baru memualakan perjalanan untuk ke sunway.

aaa jln dah jem, ramainye org nak pergi sunway. pastu sesat pulak. ye le.. 1st time nak pergi tempat tu. berpusing2 gak la nak cari gudang tu. last2 kene call cik mai, tanye tempat tu katne yg sebenarnye..

uu... sabo jela aku ni, dah la demam, nak p tempat yang x pernah pergi. pastu tak tau lagi sale tu product dia ok ke tak.. entah stok lama ke ape.

tapi sebab niat aku suci dan murni untuk perabis duit bli kasut.. hehehehe... maka ditunjukkanlah jalan dan sampai la aku kat tempat tu, dan dapat parking best punye.. bawah pokok..

aku bawak duit ngam2 je, kang kalo bawak x-tra abis sume kasut aku bli. dan aku pun gembira la sebab aku dapat bli 1 sandal ngan 1 kasut scholl tu.. dan yang penting bajet terlebih. bagus tak disiplinaku. mmg puas ati, lebih dari pada tu.

rasanya tahun depan aku nak p subuh2 la.. sebab masa aku pergi tu, byk design dah habis. ada pulak yang size dah habis.. biasala nama pun warehouse sale..

cikpedot

03 July 2009

adussss ceme-ceme pulak

hari ni aku telah membawa virus yang ditakuti ramai buat masa ni, selsema.. jeng3..

rasa cemas jugak bila sesema time2 H1N1 menaiki carta MOH sekarang ni. pagi tadi ingatkan idong ni sumbat sebab resdong ke ape ke.. ye la... tido ngan porche kan, pagi2 kene peluk cium dia dulu baru g bersiap2 nak g keje..

tapi bila sampai opis, selsema ni menjadi2 pulak. siap bersin2 mega. mata berair. tisu tu dah stengah kotak dah aku abiskan. risau gak la.. pastu aku p amik angin dulu kat bawah.. ok pulak... takde bersin ke jelly meleleh ke.. maknanya virus tu ada kat opis aku la.. isk..tensen..tensen..

agak2 dah reda sikit selsema, aku naik balik ke opis. waaaa.. kesian ngan kawan sebelah aku, dia pulak dah kene selsema.. sori le mai, tersengaja.. setelah kami bincang2 rasanya malas nak p klinik sebab nanti dokter tu over acting pulak nak check.

so, bersok-sek la kami kat sini sepanjang hari, bawak ke petang. tapi aku rasa petang ni aku dah demam dah. mata pun dah merah.. adoi... jangan le demam, besok aku nak p berjuang kat gudang scholl. dah le setahun sekali diorang sale....

aku tak pentingkan sangat kalau baju ke, beg ke, ape2 la.. tetapi aku sangat mementingkan kasut dan sandal sebab aku ni suka travel. keselesaan kaki sangat2 penting untuk aku. ye la, kalo kaki tak sakit, bule le berjalan jauh sikit, bersoping lama sikit, balik pun tak la lenguh2 kaki....

arrrggghhh tak kira, besok nak pergi jugak. lantak la demam ke sesema ke.. ku redahi juga...


cikpedot

29 June 2009

abg maikel takdak dah

sape tak kenal maikel? aku rasa sume org pun kenal maikel jeksen.

aku ingat lagi masa kat poli PD dulu. kami kene koir nyanyi lagu u r not alone. lagu abg maikel la tu.. best lagu tu.. dengan penuh semangat kami nyanyi lagu tu...

tapi dia dah takde dah..

mak aku pulak tak abis2 lagi bersedih pasal maikel nih. asik2 sms aku ckp dia sedih laaaaa.. kesian laaaa... hissss.. tu baru maikel jeksen. agaknye dulu masa sudirman meniggal cane la mak aku sedih ek?



cikpedot

porche lagik

agak lama gak la aku brenti cerita pasal porche aku ni. bukan ape.. dia tu kan.. eeeiiii... tak tau la.. kekadang dia ingat dia kucing, kekadang dia ingat dia anjing, tapi selalu dia ingat dia tu manusia la..

ada satu malam tu aku kurung dia dlm rumah sebab asik berjalan jek. tak ingat nak balik ke ape.. susah le aku nak tido kalo porche takde.. aku tutup pintu dapo, biar dia tokleh nak keluar. tapi dia ngamok pulak. siap mogok lagi. mengiau tu jgn ckp la. bingit telinga aku dengar. pastu last2 dia buat ape tau??? dia buat percubaan nak terjun tingkap dari tingkat 1 tau.. tinggi tu, manusia pun bule patah riuk. sib baik aku sempat amik gamba.. tengok ni..


masa tu dia tengah mengiau2 panggil kengkawan dia tolong lepaskan dia. siap nak terjun dah tu. tapi lepas dia estimate ketinggian, tak jadi la dia nak terjun. tau takutttt... masa dia dah cool tu aku pun amik la gamba dia siap2.





oleh kerana percubaan nak terjuk tak menjadi, dan tak dilayan oleh aku. makan strategi kedua beliau adalah dengan mengoyakkan sokabar aku. jenuh gak la aku nak berkejaran dengan dia masa tu. mmg dia betul2 tengah hangin tak dapat nak keluar rumah. agaknye kengkawan ajak g clubbing kot.. muwaahahahah....

gamba ni aku amik masa lepas sesi demonstrasi jalanan. tengokle sampah bersepah2. sokaba dah jadi ape pun tak tau.. mmg dia puas atila dapat koyakkan sokaba aku tu..

last2 malam tu dia kene tido kat rumah gak la.... kehe3

ok perati betul2 gambar mistik kat atas ni.. kekadang bila aku boring aku tido depan tv kat hall. sejuk sikit. selalunye weekends la.. dan macam biasa gak la makhluk ni akan tido kat mana pun aku tido.. tapi.. korang perasan tak kepala dia kat mana? aaaa itu la yang aku nak story ni, porche ni punya la pemalas nak beralih tempat bila kene matahari tu, dia cuma ejas sket kepala dia ke bawah sofa... pandai tak kucing aku?????

ih3...macam ni punye kucing pun ade...

cikpedot

10 June 2009

sepurnama sudehhh

rasanya dah lebih sebulan aku tak memblog. hisss.. takde kene mengena ngan azwan ali tau.. dia pun bisu sebulan gak.. hua3..

banyak sangat kejadian mistik terjadi dalam tempoh tu.

mula-mula kejadian misteri re-org. sebab aku admin, so kene reset balik telefon, meja2, bilik2 bos kat sini. letih gak la.. bersempena pulak ngan buat keje sorang2. yele.. assisstant aku blm berganti lagi.

last2 CEO ckp aku pun kene pindah tempat gak. maka aku ngan imiginary assistant aku pun kene le pindah. (imiginary sebab aku kene pindahkan PC tempat tu.)

pastu sibuk2 ngan kejohanan boling. aku mmg le tak berjawatan mahupun berkuasa. tapi tempat aku tu diorang pinjam sebab nak pakai printer kaler. maka aku keje pun main2 jek...

pastu kejadian mistik lainnye pulak department aku kene organise kenduri doa slamat sejahtera. makan hari gak nak mengorganise bende tu. nak menjemput vip, ustaz, BOD, kengkawan.. sume2 lah, sape2 yang kene mengena. paham2 je la..

aaa tak lupa, bulan lepas ada lagi sorang rakan sekerja yang brenti (lari la actually). so macam biasalah, department kitorang gak la yang kene mengemas2 meja. ni pun blm kira lagi barang2 diorang yang tersimpan kat dlm stor tu. td pagi2 CEO aku tu dah soh aku p kemas stor... but y meeee?????

lagi... rombongan mak aku dtg KL, aku pun kejap tido rawang, kejap tido cheras.. kesibukan tu mmg tokleh nak elak la, mcm menteri2...

walaupun aku asik menyibuk buat keje2 yang mcm kat atas ni, tapi aku kene marah gak ngan bos, bas dan bis. sebab? sebab keje aku tak siap laaa.. asik siapkan keje orang jek... eeeiiii...
ni pun minggu ni aku kene jadi receptionist 3 hari sebab dia mc.. sekarang kan musim panas, jerebu, kalo ujan pun sikit2.. lagi la panas..

tapi ok gak bila kene jaga tepon kat depan ni.. ada la masa sikit nak sembang2. nak memblog.. tapi gamba takde la sebab cable kat tempat aku.

hokelah, jumpa lagi..

cikpedot